=""""""""(

Friday, November 20, 2009

rasa sayang itu masih ada
tapi kadangkala hatiku menolaknya
rasa rindu itu masih ada
tapi kadangkala hatiku menafikannya
rasa kasih itu masih ada
tapi kadangkala hatiku gagal melihatnya

kenapa dengan hati??
tak cukupkah segala apa yang telah dia beri
kenapa masih tiada rasa simpati?
air mata siapa yang kau mahukan?
kenapa menyiksa kami begini?

cukuplah hati
tinggalkan aku sendiri....

untukmu teman

Saturday, October 17, 2009

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
bawaku kedaerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu
tanda ingatanku
kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwwah
kan bersimpul padu

Kenangan bersamamu
takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa Kita ditemukan
Dan ahkirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan Iman
Tuhan berikan daku kekuatan

[chorus]

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya
Andai ini ujian terangilah
kamar kesabaran
Pergilah gelita
Hadirlah cahaya

setelah sekian lama..

Monday, September 14, 2009



salam

cuti raya da stat n aku sedang berada di rumah melayan anak buah aku yg bernama umar tufail..sungguh mencabar..huk3..buhsan ckit kat umah sbb adik aku xde..blom cuti lg..raya thun ni lak mybe raya terakhir abg aku ade sbb lps raya ni dia da nak kahwin..lps ni jrg2 la dpt beraya 1 famili..tggal aku n adik aku je la yg stil solo sbb along akn beraya umah suaminya di trengganu n abg akn beraya umah isterinya di perak..2 yg wat mak aku sedih 2 smpai kdg2 memujuk aku untuk smbung belajar sbb nak aku kahwin lmbt ckit..huk3..mcm 2 la perasaan seorg ibu..mkin berusia makin datang perasaan takot dtinggalkan anak2..aku pnah gak cuba meyakinkan mak aku yg dia xkan berseorangan tp bese la..org tua kan..huhu..

persiapan raya amcam??haha..bese je la..da kira berusia gak la aku ni..nak beraya pe nye..huk3..
lebih memikirkan esemen berguni2 yg xsiap lg n 5 presentation menanti lps raya nnt..ape yg aku nak ckp xtau la..huk3..

duk umah ni tlg mak aku wat kuih je la..sonok tol..xtau nape aku suke sgt wat2 kuih ni..tp kdg2 mls gak..huu..kalu nak wat trpksa wat dgn umar la..die pun duk wat kuih ntah pe2 nye kat sbelah aku..bia la, aslkan die xkaco aku..hee

assignment

1) research methodology II - research paper on "domestic helpers as a part of family institution"
2) population and society - "the value of senior citizen"
3) youth and society - campaign on youth and health..(pling mencabar)huk3
4) work and society - direct selling..(setel)
5) bahasa melayu kerjaya - xtau la..huhu



Semakin Kita Beremosi Semakin Akal Tidak Berfungsi..

Thursday, July 30, 2009

assalamualaikum..

menetap di masjid di petang hari menanti meeting wafa jap g..huuu..sj nak berkongsi..aku sedang membaca buku yg baru di beli kat book fair efest ri 2..bukunya U-TURN KEMBALI KE JALAN YANG LURUS..so, kat cni aku nak kongsi 1 citer yg mudah-mudahan memberi kita sedikit pengertian dalam hidup ini..insyaAllah..

Seorang gadis dimasukkan ke hospital kerana mengambil paracetamol berlebihan. Dia menelan berpuluh-puluh biji pil tersebut sekali gus. Berlaku tindak balas yang teruk kepada bahagian hati dan hampir-hampir saja tindakannya itu meragut nyawanya. Di atas katil hospital dia menceritakan sebab bagi kewajaran tindakannya.

“Saya bercinta dengan seorang pemuda dalam satu kisah yang panjang…” gadis itu memulakan cerita.

“Kami menemui keserasian sejak dari umur kanak-kanak. Kami bersekolah tadika sama, sekolah rendah dan sehinggalah peringkat menengah.” Ceritanya lancar sekali seperti menjeling zaman lampaunya yang indah semerbak.

“Saya tahu dia tercipta untuk saya…Saya pula tercipta untuknya.” Begitu puitis ceritanya seperti lagu-lagu cinta.

“Saya pasrahkan diri untuknya. Saya hanya ada dia bagi masa depan saya. Dia juga begitu, kami bersama meniti hari buat memadu ikatan berkekalan. Gerbang perkahwinan.” Ujarnya tersusun dalam irama sedikit yakin.

“Namun….apabila selesai SPM, keputusan peperiksaan saya teruk tetapi dia berjaya melanjutkan pelajaran ke university.”

“Di sinilah bermula segala-galanya berubah. Hari demi hari mendatang dia telah jadi orang lain, saya seakan-akan tidak mengenalinya sama sekali.” Dia seperti akan menangis bagi mengakhiri bicaranya.

“Memang pada permulaan berjauhan, setiap saat kami berhubungan melalui telefon. Kerinduan bagai badai yang mengaramkan kami dalam samudera rindu.”

Sekali lagi dia berpuisi menghirup nafas yang dalam bersama memori terindahnya.

“Tidak lama kemudian saya merasakan ada sesuatu kelainan apabila dia mula menyepi. Begitu sukar untuk menghubunginya, saya tidak tahu apa nombor telefon barunya.”

Wajahnya bertukar merah, air mata mula mengalir dari kelopak matanya.

“Akhirnya saya dapat tahu dia telah punya orang lain dalam hidupnya sedangkan saya di sini terpanggang menanggung derita keseorangan.”

Esakannya kian kuat.

“Pada suatu hari dia datang berjumpa saya dan secara rasmi memberitahu bahawa kami bukan pasangan yang sesuai. Perhubungan yang kami bina bertahun-tahun seperti tiada apa-apa makna dan diputuskan begitu saja.”

Kekecewaan jelas terpancar pada utas-utas bicaranya.

“Selepas pertemuan itu saya menghabiskan masa menyendiri, berfikir tentang diri sendiri mengingat memori indah serta sembilu yang disayat-sayat kepada hati saya yang begitu menyakitkan. Saya tidak menemui selain daripada kesakitan yang sangat dalam, hidup saya telah musnah, saya tidak punya masa depan lagi. Saya tidak perlu hidup lagi.”

Tangisannya kuat, ledakan emosinya begitu menggetarkan. Bicaranya kemudian berulang-ulang atas benda yang sama.

Cerita ini sebenarnya tiada kesimpulannya, ia hanya mengenengahkan sebuah kisah yang mana secara intelek kita boleh berkata :

“Wahai gadis, apalah yang ada pada pemuda itu sehingga sanggup anda mengorbankan nyawa yang sangat berharga kerananya?”

“Apalah sangat kesakitan berbanding masa depan gemilang yang menanti untuk bertemu dengan pemuda lain yang jauh lebih baik daripadanya?”

“Kecilnya masalah itu, ada ramai lagi orang lain di luar sana yang sedang menanggung derita yang lebih parah tetapi tidak terlintas pun untuk membunuh diri!”

Itu hujah kita, kenapa begitu rasional??

Kerana kita tidak mencampurkannya dengan emosi negatif.

Kenapa pula gadis tadi tidak boleh berfikir begini??

Kerana dia menyeret seluruh emosinya sekali.

Kita telah menemui di mana punca kepada persoalan yang sering berlaku dalam kehidupan manusia. Kenapa manusia tidak dapat mencari jawapan walaupun kelhatan masalah itu sangat mudah.

Kenapa masalah tersebut masih menggelutinya??

Jawapannya, rasional hilang dan akhirnya dia tidak menemui cahaya sehingga ke hujung lorong permasalahan.

Begitulah bahayanya gelutan emosi negative dalam diri. Sama ada emosi itu dalam soal perasaan tentang cinta atau kemarahan membara, ia sama sahaja. Ini adalah kerana apabila kita beremosi, kita hanya fikir benda yang sama, akal jadi sangat tumpul. Cuba kita lihat orang yang sedang marah atau mabuk cinta, perkataan yang keluar dari mulutnya ialah benda yang sama, ibarat satu kitaran yang bergelung. Ia seperti berlegar-legar dalam sebuah kotak besi yang terkatup rapat. Tidak jumpa jalan keluar.

Apabila emosi ini terus dilayan, ia akan menjadi seperti bebola salji yang digolekkan dari atas ke bawah bukit. Daripada asalnya hanya sebesar bola sepak, bulatan itu boleh jadi sebesar kereta!! Justeru itu, sekiranya kita mahu selamat dan maruah terus terpelihara, ketika emosi terpancing, sedarkan diri bahawa kita sedang dalam zon penyingkiran waras, keupayaan akal merudum teruk sehingga kuasa naluri pun turut lumpuh.

Asingkan suara dalam, bezakan antara gejolak emosi dan ilmu serta fitrah murni. Sekiranya ini tidak dapat diatasi, apa lagi yang masih tinggal pada manusia ini untuknya membuat keputusan dan bertindak??

Jawapannya : JANGAN HARAP!




!!!

Sunday, July 19, 2009

kembali ke universiti
harapnya sem ni lebih baik
walaupun subjek kebanyakannya mencabar
insyaAllah
akan aku cuba sedaya upaya

xbanyak harapan
cuma harapnya harapan2 yg lepas dpt aku capai
padaNYA jua aku mohon kekuatan..

buat kawan sahabat teman

Wednesday, June 24, 2009

bersyukur aku dgn diri sendiri..

jahil yg dulu kini makin menghilang..

bersyukur aku amat bersyukur..

masih mampu menilai kebatilan dan kebenaran..

bersyukur YA ALLAH aku bersyukur..

KAU bimbingku jauh dr kesesatan..

tapi hatiku hiba dan duka..

melihat sahabat2 ku suatu ketika dahulu..

KAU bimbing aku..maka jangan KAU tinggalkan mereka...

jiwa kaco..

Tuesday, June 16, 2009

1) Bekas kekasih saya -> kekasih???ape 2???sejenis makanan segera ke???

2) Saya sedang mendengar -> bunyi kipas dan dengkuran kecil para manusia..

3) Mungkin saya patut -> tahu ape yg saya patut buat..=""""""""""""""(

4) Saya suka -> tgk segala senyum dan tawa dlm dunia..

5) Sahabat-sahabat saya -> xramai pun..

6) Saya tak faham -> knapa ada manusia yg kejam dan bodoh????

7) Saya kehilangan -> oksigen buat seketika..

8) Ramai yang berkata -> xkan xde..tipu la...huk3..(ape yg xde??)

9) Cinta itu adalah -> sejenis jampi serapah yg membutakan mata dan hati..
patut dijauhi...isk3


10) Di suatu tempat, seseorang sedang -> tido la..wat pe lg kul 3pg..

11) Saya akan cuba -> utk berubah dan tdk buruk sangka terhadap org lain..

12) Perkataan SELAMANYA membawa maksud -> air batu yg xkan cair bawah terik
mentari...apakah??

13) Telefon bimbit saya -> baru kna baling dgn anak sedara..tp still leh guna..hee

14) Bila saya terjaga -> bantal saya basah..="""""""""(

15) Saya paling meluat -> tgk org bercinta yg bodoh dan buta..

16) Pesta/parti adalah -> xtau..nnt tnya mak eh..

17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui -> kutu babi

18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah -> belom lg kot..

19) Hari ini -> xkan sama dgn semalam..

20) Malam ini saya akan -> study..insyaAllah

21) Esok pula saya akan -> suke ati la wat pe pun..

22) Saya betul-betul inginkan -> ketenangan hati saya dan semua..

23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini -> sy terfikir............

24) Pusat membeli-belah atau arked permainan -> pusat membeli belah..bleh
dikunjungi wlupun xde duit..
hehe

25) Makanan Barat atau Jepun? -> pe2 je yg mengenyangkan..makan utk idup..

26) Bilik yang terang atau gelap? -> terang time study..gelap time tido..

27) Makanan segera adalah -> makanan mingguan..

28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang -> benci dia sangat2..
really mean it..

29) Siapa yang anda ingin tag -> sape2 je la.......